Cara membuat carian

Didik Hibur merupakan sebuah blog yang mengumpulkan nota pembelajaran. Didik Hibur menggunakan pendekatan ‘Fun Learning’ supaya pembelajaran menjadi menarik dan bermakna.

Kadangkala fungsi carian yang terdapat di dalam blog ini tidak dapat digunakan. Untuk mengatasi masalah ini, carian maklumat boleh dilakukan menerusi laman web google. Anda perlu taip jenis maklumat yang hendak dicari, diikuti ‘site:didikhibur.blogspot.com’. Contoh dalam gambar disebelah adalah jika anda hendak mencari maklumat tentang ‘pantun’.

Cara Berdiri Penjawat Awam


Cara Berdiri Penjawat Awam
1. Daripada pandangan sisi, badan kelihatan tegak (tidak bongkok)
2. Postur wanita berdiri adalah meleding (melengkung)

Cara Berpakaian Penjawat Awam

Cara Berpakaian Penjawat Awam



Download Link:
Cara Berpakaian Penjawat Awam.flv (174.5 MB)
http://www.megaupload.com/?d=LVXDVWU1

Penjawat Awam Lelaki

-Kain cotton lengan panjang (lengan pendek tidak dibenarkan)
-warna plain
-berjalur halus dibenarkan (jalur lebar tidak dibenarkan)
-tali leher paras tengah pinggang
-seluar 'slack' lebih gelap dari baju
-kasut gelap yang bertumit
-klip leher di tengah-tengah kocek (jika tidak memakai blazer)
-klip leher di atas kocek (jika memakai blazer)
-jumlah aksesori yang dipakai : 7 item (pen, spek mata, jam tangan dll)

Penjawat Awam Wanita
-Kesemua warna yang dipakai tidak melebihi 4 warna
-Tudung yang dipakai mengambil warna baju atau warna bunga pada baju
-jumlah aksesori yang dipakai : 7 item (pen, spek mata, jam tangan, anting-anting dll)
-kasut bertumit

Video ini tidak lengkap - Sila tonton video Videozer

Cara Duduk Penjawat Awam






Cara Duduk Penjawat Awam
1. Duduk dengan perlahan dan beransur ke belakang
2. Badan Tegak
3. Kaki dibuka (bagi lelaki)

Bentuk Kata Ganda

Bentuk kata ialah proses pembentukan kata menghasilkan bentuk kata tunggal, bentuk kata terbitan, bentuk kata majmuk dan bentuk kata ganda.

Kata Ganda

Menurut Nik Safiah Karim, kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar, sama ada kata ganda tersebut diulangi secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan.

Arbak Othman memberikan definisi penggandaan sebagai proses bagaimana suatu kata dasar atau sebahagian daripadanya diulang.

Bahagian yang diulang ini dipanggil gandaan yang boleh mendahului atau mengikuti dasarnya.

Terdapat tiga jenis kata ganda :

a)Penggandaan penuh
-proses yang menggandakan keseluruhan kata ganda. Gandaan penuh boleh dibuat pada kata akar dan kata terbitan. Kata nama, kata kerja dan kata sifat jua boleh digandakan.

Contohnya pulau-pulau, cantik-cantik, anak-anak dan lari-lari. Kata nama yang mengandungi imbuhan juga boleh digandakan sepenuhnya, iaitu pemimpin-pemimpin, pelatih-pelatih.

b)Penggandaan separa
-proses yang menggandakan sebahagian kata dasar. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal atau kata terbitan. Penggandan separa boleh berlaku di hadapan atau di belakang kata dasar.

Contohnya kekura, pepohon, berlari-lari, kecil-kecilan.

c)Penggandaan berentak
-proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan berentak, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah.
-Penggandaan berentak boleh dibahagikan kepada tiga jenis :

i)Penggandaan berentak pengulangan vokal -penggandaan yang mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi-bunyi vokal tertentu, iaitu terdapat ciri-ciri keharmonian vokal. Contohnya sayur-mayur, selok-belok, hina-dina

ii)Penggandaan berentak pengulangan konsonan - iaitu penggandaan yang mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi-bunyi konsonan tertentu. Contohnya gunung-ganang, batu-batan, mandi-manda.

iii)Penggandaan berentak bebas - iaitu penggandaan yang tidak mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi vokal atau konsonan. Contohnya susur-galur, sahabat-handai, tinggi-lampai.


Terdapat sekurang-kurangnya lima makna dalam penggandaan kata.

a)Gandaan sebagai penanda jamak, iaitu jumlah yang banyak. Contohnya meja-meja, bukit-bukau
b)Gandaan sebagai penanda nama haiwan. Contohnya biri-biri, rama-rama dan kupu-kupu
c)Gandaan sebagai penanda makna serupa. Contohnya langit-langit, gula-gula
d)Gandaan sebagai penanda pelbagai jenis. Contohnya sayur-mayur, kuih-muih.
e)Gandaan sebagai penanda tidak tentu. Contohnya apa-apa, siapa-siapa.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Didik Hibur - Premium Blogger Themes | Top WordPress Themes