Aspek Kebudayaan Melayu Abdullah Munsyi

Satu Kajian Aspek Kebudayaan Melayu : Hikayat Abdullah



Munsyi Abdullah bin Abdul Kadir yang dilahirkan di Melaka pada tahun 1796 dan meninggal dunia di Makkah pada tahun 1854. Beliau merupakan guru bahasa dan penulis berketurunan Arab-India. Beliau juga digelar bapa kesusasteraan Melayu moden.

Kritikan beliau meliputi semua aspek kebudayaan iaitu sosial, ekonomi dan politik. Sesuailah makna budaya itu sendiri iaitu suatu keseluruhan sistem yang kompleks, yang di dalamnya terkandung unsur-unsur ilmu pengetahuan, kepercayaan, seni, moral, undang-undang, adat istiadat dan kemahiran – kemahiran lain yang diperoleh oleh manusia sebagai anggota masyarakat (Edward&Taylor,187).

Antaranya ialah kritikan beliau terhadap bangsa Melayu yang tidak mahu belajar bahasa mereka sendiri dengan lebih mendalam. Hal berbeza dengan beliau yang berusaha bersungguh –sungguh belajar menguasai bahasa Melayu walaupun beliau peranakan Arab-Cina. Beliau juga selalu menasihati orang Melayu tidak percaya dan mengamalkan kepercayaan karut yang menyesatkan orang Melayu.

Sosial

Kamus dewan edisi ke-4 memberi definisi sosial ialah segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan. Aspek yang akan dibincangkan dalam bidang sosial ialah kepercayaan, pendidikan, nilai, bahasa, kesenian, kekeluargaan, senjata dan pengangkutan.

Kepercayaan
Kepercayaan ialah mengakui (menerima, yakin) akan benarnya (adanya dan lain-lain) sesuatu. Ia boleh dipecahkan kepada dua iaitu kepercayaan magis dan agama. Magis bermaksud luar biasa dan mengandungi (mempunyai) keupayaan di sebalik yang tersembunyi, ghaib. Agama pula bermaksud kepercayaan kepada tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaan tuhan dan penerimaan ajaran dan perintah-Nya.

Hasil kepercayaan magis yang kuat maka timbullah perubatan yang menggunakan jampi serapah. Terdapat dua pekerjaan dalam bidang perubatan ketika itu iaitu pawang da bomoh. Pawang ialah seseorang yang mempunyai kepakaran yang tertentu biasanya dengan menggunakan kuasa ghaib seperti menjinakkan gajah atau buaya, melembutkan perbuatan seseorang dan sebagainya. Pada ketika itu unsur ini telah timbul apabila ada seorang yang digelar pawang gajah yang mampu menjinakkan senam puluh ekor gajah. Berita menggemparkan negeri Melaka.

Perubatan bomoh juga digunakan pada masa itu. Bomoh ialah seseorang yang pandai mengubati sakit seseorang yang menggunakan jampi serapah, kermian dan beberapa bahan lain. Penggunaan jin dan syaitan turut dicampur adukkan. Bomoh pada ketika itu mengubati orang dirasuk makhluk halus. Mereka membaca jampi di kepala dan dibubuh ubat di kaki pesakit, maka bomoh dapat berinteraksi dengan makhluk halus yang memasuki tubuh pesakit.

Ekonomi

Ekonomi boleh di definisi ilmu bukan pengeluaran, pengagihan, penggunaan barang-barang, dan perkhidmatan. Ekonomi masyarakat Melayu di zaman Abdullah sangat berlainan dengan ekonomi masyarakat Melayu pada zaman ini.

Pada zaman dahulu ekonomi sudah menjadi satu pengenalan bagi sesuatu bangsa. Masyarakat Melayu lebih kepada kerja tani sara diri manakala masyarakat Cina sinonim dengan perniagaan. Walaupun begitu ekonomi masyarakat Melayu di Melaka dan Singapura tidaklah tertumpu kepada yang diceritakan dalam sejarah. Kisah dalam Hikayat Abdullah terdapat masyarakat Melayu yang menceburi bidang perniagaan. Hal ini didorong oleh faktor negeri Melaka yang menjadi pusat pelabuhan warga asing. Oleh itu semua kaum mengambil kesempatan merebut rezeki yang ada. Semua barang yang mempunyai nilai akan diniagakan.

Pada masa yang sama menjual anak untuk tujuan perubatan juga dijadikan sumber ekonomi. Hal ini bukan sumber yang besar masyarakat Melayu ketika itu. Hal ini didorong oleh kepercayaan karut dalam masyarakat ketika itu. Kepercayaan ini dikritik hebat oleh Abdullah sampaikan beliau mengeluarkan persoalan, adakah dengan sebab menjual anak umurnya akan panjang...ms12.

Politik

Politik merujuk kepada sistem pemerintahan. Karya Hikayat Abdullah mempunyai beberapa aspek politik yang ditonjolkan. Yang paling menarik dalam karya ini, Abdullah mengulas dan menceritakan tentang pemerintahan beraja yang mana terdapat beberapa elemen yang kurang disenanginya. Oleh itu saya akan membincangkan dengan lebih terperinci dalam perenggan yang berikutnya.

Sistem pemerintahan di negeri-negeri Melayu menggunakan sistem pemerintahan beraja berkuasa mutlak. Kuasa mutlak ini bermaksud kuasa yang tiada batas atau berkuasa penuh. Seluruh rakyat jelata mesti mentaati raja sepenuh hati. Pada masa yang sama sistem pemerintahan beraja dahulu kala juga dicampurkan dengan adat istiadat yang melampaui batas. Hal ini bertujuan bagi menunjukkan kemuliaan dan membezakan taraf raja dengan rakyat. Masa kini raja tidak lagi berkuasa mutlak dan dipindah kepada raja berperlembagaan. Hal ini berjaya mengurangkan kuasa raja dan boleh mendakwa raja yang melakukan kesalahan.

Apabila disebut sistem pemerintahan raja berkuasa mutlak, institusi ini akan mempunyai sistem hukuman yang tersendiri. Kadang –kadang undang yang digubal berlandaskan nafsu dan menguntungkan sebelah pihak sahaja. Banyak kisah – kisah yang menceritakan hukuman para raja yang tidak adil atau tidak masuk akal. Antaranya seperti di bawah.

..orang itu dihukum bunuh bersama anak isteri dan kaum keluarganya.

Tiang rumahnya dibalikkan ke atas dan bumbung rumahnya dibuang
ke laut.”ms198

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Didik Hibur - Premium Blogger Themes | Top WordPress Themes