Ayat Majmuk Gabungan

Pengaplikasian Blok AMG Dalam Membina Ayat Majmuk Gabungan



Norhazana Binti Yusoff

ABSTRAK

Penyelidikan tindakan ini bertujuan meningkatkan kemahiran responden dalam membina ayat majmuk gabungan melalui pengaplikasian Blok Ayat Majmuk Gabungan (AMG). Hasil tinjauan awal, secara puratanya mendapati bahawa 23 orang iaitu 63 peratus tidak dapat membina ayat majmuk gabungan dengan tepat. Kajian ini menggunakan instrumen ujian, temu bual berstruktur, dan soal selidik tertutup Dichotomous. Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif. Responden kajian ini terdiri daripada 36 murid tahun lima. Penyelidikan tindakan ini berpandukan kepada Model Kurt Lewin (1946) dan Laidlaw (1992). Perancangan tindakan menumpukan kepada meningkatkan kefahaman responden terhadap kata hubung gabungan ‘atau’, ‘tetapi’, ‘sambil’ dan ‘lalu’. Penguasaan kata hubung gabungan ini dapat membantu responden dalam membina ayat majmuk gabungan melalui pengaplikasian Blok AMG. Blok AMG terdiri daripada empat blok yang memisahkan ayat tunggal satu, kata hubung gabungan, ayat tunggal dua dan ayat majmuk gabungan yang terhasil. Blok AMG disediakan secara grafik dan maujud untuk membantu responden belajar secara visual dan bermain. Pelaksanaan intervensi dilakukan dalam empat aktiviti secara berperingkat. Dapatan analisis mendapati bahawa 21 orang iaitu 58 peratus responden menunjukkan peningkatan markah yang ketara dalam Ujian AMG Akhir berbanding Ujian AMG Awal. Dapatan daripada temu bual berstruktur yang dilaksanakan, seramai tujuh orang iaitu 70 peratus responden menyokong aktiviti kenali kata hubung gabungan dan pengaplikasian Blok AMG dapat membantu mereka dalam membina ayat majmuk gabungan dengan betul. Implikasi daripada kajian ini guru dapat membantu murid dalam menguasai kata hubung gabungan dan menulis ayat majmuk gabungan dengan gramatis terutamanya dalam penulisan. Kajian ini dicadangkan agar diteruskan dengan menggunakan kata hubung gabungan yang lain iaitu ‘malahan’, ‘serta’, ‘sementara’, dan ‘sebaliknya’. Pengajaran haruslah menggunakan teknik yang lebih berstruktur dan visual agar proses pembelajaran menjadi lebih menarik.

ABSTRACT

This action research aimed at improving the skills of the respondents in the building through the application of a combination compound sentence Compound sentence Block Combined (AMG). Initial survey, found that 63 percent of students can not build a compound sentence with the correct combination. This study uses test instruments, structured interviews, and questionnaires Dichotomous closed. Data obtained by descriptive analysis. Respondents of the study consists of 36 students in five. This action research model based on Kurt Lewin (1946) and Laidlaw (1992). Action plan focuses on increasing the understanding of respondents' combination of conjunctions' or ',' but ',' while ', and' then '. This combination of mastery of conjunctions can help build a compound sentence of the respondents in the application of a combination of AMG Block. AMG block consists of four separate blocks of a single sentence, a combination of conjunctions, a single sentence of two and mix the resulting compound sentences. AMG is available in graphic blocks and concrete to help respondents visually learn and play. The implementation of interventions carried out in four stages activities. The findings of the analysis found that 21 of the 58 percent of respondents showed significant improvement in test scores compared to test AMG AMG First End. The findings from structured interviews conducted, a total of seven of 70 percent of respondents support the familiar combination of conjunctions and the application of AMG Block can help them build a compound sentence with the correct combination. The implication of this study the teachers can help students master a combination of conjunctions and write a compound sentence, particularly in combination with gramatis writing. This study is intended to continue with other combinations of conjunctions of 'even', 'and', 'while', and 'vice versa'. Teaching should be using more structured techniques and visual learning to become more attractive.

1 comments:

Eweny Ooi said...

good

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Didik Hibur - Premium Blogger Themes | Top WordPress Themes