Penggunaan Kata Sendi Nama

Penggunaan Rajah TMO Untuk Membantu Murid Menggunakan Kata Sendi Nama



Oleh:
Muhammad Adhaa Bin Lamry
Institut Pendidikan Guru
Kampus Bahasa Melayu

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dijalankan untuk membantu responden menggunakan kata sendi nama dengan betul menggunakan Rajah TMO. Responden dipilih daripada salah sebuah sekolah di Kuala Lumpur dalam jumlah 25 orang murid tahun 4. Responden menghadapi masalah untuk menggunakan kata sendi nama dengan betul mengikut fungsinya. Penyelidik memfokuskan kajian terhadap penggunaan kata sendi nama “dari”, “daripada”, “pada”, “ke”, dan “kepada” mengikut fungsi yang menunjukkan tempat, masa dan orang sahaja. Instrumen yang digunakan untuk mendapatkan data dalam kajian ini ialah ujian awal dan ujian akhir, soal selidik, dan temu bual berstruktur. Penyelidik menggunakan Model Penyelidikan Tindakan Lewin (1946) & Laidlaw (1992) dalam pelaksanaan kajian tindakan. Terdapat peningkatan pencapaian murid pada Gred A iaitu penambahan seramai 17 orang responden selepas penganalisisan data dalam ujian awal dan ujian akhir. Sejumlah 25 orang responden bersetuju bahawa penggunaan rajah TMO dapat membantu responden memahami penggunaan kata sendi nama berdasarkan penganalisisan data dalam borang soal selidik. Sejumlah 10 orang responden menyatakan pandangan yang positif berdasarkan penganalisisan data dalam transkripsi temu bual. Konklusinya rajah TMO dapat membantu responden menggunakan kata sendi nama “dari”, “daripada”, “pada”, “ke”, dan “kepada” dengan betul. Penyelidik mencadangkan penambahan fungsi pada kata sendi nama “dari”, “daripada”, “pada”, “ke”, dan “kepada”, dalam rajah TMO untuk kajian seterusnya.

ABSTRACT

This action research was done to help the respondent to apply the correct usage of ‘kata sendi nama’ by using the TMO Chart. The 25 respondents were chosen among standard 4 students of an elementary school in Kuala Lumpur. Respondents had problem to apply the correct usage of ‘kata sendi nama’ according to its function. The researcher focused on examining the usage of these ‘kata sendi nama’ which are “dari”, “daripada”, “pada”, “ke”, and “kepada” according to their function in showing place, time and people only. The instruments used to retrieve the data of this research are initial test and final test, survey and structured interview. The reseacher used Lewin (1946) & Laidlaw (1992) model in this action research. There is an improvement for Grade A as there is an increase of 17 respondents after analyzing the data of both tests, initial and final tests. 25 respondents agreed that the usage of TMO Chart did help the respondents to understand the right usage of ‘kata sendi nama’ based on the analysis of the survey/questionnaire forms. 10 of the respondents gave positive views based on the interview transcriptions. In conclusion, the TMO Chart does help the respondents in understanding the correct usage of ‘kata sendi nama’ which are “dari”, “daripada”, “pada”, “ke”, and “kepada”. The researcher suggests adding the function of these ‘kata sendi nama’ - “dari”, “daripada”, “pada”, “ke”, and “kepada” in the TMO chart for the next and future research.




0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Didik Hibur - Premium Blogger Themes | Top WordPress Themes