Penguasaan Kata Sendi Nama

Peningkatan Penguasaan Kata Sendi Nama Melalui Teknik Warna


Muhamad Bin Che Ros

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu

Abstrak

Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk melihat keberkesanan teknik warna dalam meningkatkan penguasaan penggunaan kata sendi nama “dari” dan “daripada” dalam kalangan murid. Penyelidikan ini melibatkan 28 orang responden yang terdiri daripada 16 orang murid Melayu dan 12 orang murid India tahun 4 Cemerlang. Penyelidikan ini berbentuk penyelidikan tindakan dan menggunakan model Lewin (1946) dan Laidlaw (1992). Semasa proses tinjauan masalah, pengkaji telah menggunakan dua instrumen kajian iaitu Ujian Pengesahan dan Temu Bual Berstruktur. Hasil daripada analisis kedua-dua instrumen tersebut, pengkaji mendapati responden menghadapi masalah dalam penggunaan kata sendi nama “dari” dan “daripada” dalam ayat sama ada melalui penulisan atau pertuturan. Justeru, pengkaji menggunakan teknik warna bagi mengatasi masalah ini. Tindakan yang dijalankan ialah memperkenalkan teknik warna, permainan bahasa menggunakan teknik warna dan latih tubi menggunakan teknik warna. Data dikumpulkan melalui pemerhatian awal dan akhir, ujian awal dan akhir serta soal selidik selepas tindakan dijalankan. Dapatan daripada ujian akhir mendapati seramai 25 orang responden menunjukkan peningkatan markah berbanding dengan ujian awal. Hasil dapatan soal selidik pula menunjukkan 96.43 peratus responden bersetuju bahawa teknik warna dapat membantu mereka mengurangkan kekeliruan penggunaan antara kata sendi nama “dari” dan “daripada”. Implikasi yang dapat dilihat berdasarkan kajian ini ialah responden mula menunjukkan penguasaan penggunaan kata sendi nama “dari” dan “daripada” dengan baik dalam penulisan dan pertuturan. Bagi meningkatkan lagi keberkesanan kajian ini, tempoh masa tindakan yang dijalankan perlu dipanjangkan lagi supaya langkah pengajaran bagi sesuatu masa lebih bersistematik dan tidak terlalu padat dengan bermacam-macam aktiviti.

Abstract

This research is carried out to see the effectiveness of colour techniques in order to help the students used the correct preposition words; “dari” and “daripada”. They are about 28 respondents involved in this research including 16 Malay students and 12 Indian students from class 4 Cemerlang. Basically this research is using the Lewin (1946) and Laidlaw (1992) model. During the review process, the researcher has used two types of research instruments which are verification tests and interviews. Results from both analysis shows that the respondents have problems to use the preposition words; “dari” and “daripada” either in writing or speaking. Thus, researcher used the colour technique to overcome this problem. An action has been taken to introduce the students with the colour technique, language games using colour technique and drilling exercises with colour technique. All the analysis data through observations, tests and survey have been collected from the beginning to end of the observation. About 25 students received a good results in final test compare to their initial test. From the survey, 96.43 percent respondents agreed that this colour technique help to improve their knowledge in preposition words. As the result, students are able to use the preposition words; “dari” and “daripada” in writing and speaking. Further research can be done to check how effective this technique but the researcher need more time to do the research so it can comes out with more good result.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Didik Hibur - Premium Blogger Themes | Top WordPress Themes