Peningkatan Penggunaan Tanda Baca

Peningkatan Penguasaan Dalam Penggunaan Tanda Baca Melalui Kaedah Imlak



Oleh
Mohd Yasser B Jamaluddin
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
Kuala Lumpur



Abstrak

Kajian ini dijalankan bagi mengkaji penggunaan kaedah imlak dalam meningkatkan penguasaan bagi penggunaan tanda baca dan huruf besar dalam kalangan murid. Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah dalam daerah Puchong, Selangor. Kajian ini melibatkan 31 orang responden yang terdiri daripada 16 orang murid lelaki dan 15 orang murid perempuan tahun 5. Kajian ini berbentuk kajian tindakan dan menggunakan model Lewin dan Laidlaw. Langkah yang dijalankan dalam kajian ini ialah Ujian Mengenal Pasti Tanda Baca, aktiviti mengelaskan tanda baca, aktiviti permainan bahasa dan Ujian Akhir. Data dikumpulkan melalui Ujian Mengenal Pasti Tanda Baca, Ujian Semasa 1, Ujian Semasa 2 dan Ujian Akhir. Hasil analisis data mendapati bahawa 28 responden menunjukkan peningkatan markah yang ketara dalam Ujian Akhir berbanding Ujian Mengenal Pasti Tanda Baca. Terdapat 3 orang responden yang tidak menunjukkan peningkatan. Hasil dapatan kajian adalah berdasarkan instrumen yang digunakan iaitu ujian, pemerhatian dan temu bual mendapati bahawa kaedah imlak dapat meningkatkan penguasaan penggunaan tanda baca dan huruf besar dalam kalangan murid tahun 5. Kajian lanjutan yang dicadangkan ialah kajian tentang keberkesanan kaedah imlak bagi meningkatkan penguasaan dalam penggunaan pelbagai jenis ayat dalam Bahasa Melayu.

Abstract
The purpose of this research is to find out the usage of dictation method in mastering the capital letter and punctuation among the students. This research had been carried out in a primary school in Puchong, involving 31 respondents consist of 16 boys and 15 girls in Standard 5. This research is an action research refering to Lewin and Laidlaw Models. Methods that had been carried out on the research was punctuation test, punctuation activities, language games and final test. The data had been collected by refering to punctuation test, pre-test one and two, and final test. The data analysed 28 respondents significantly improved their marks in final test which differ from punctuation test. Three repondents didn’t show any improvement. The result which is obtained from the tests, observations and interviews shows that the dictation method can improve students’s mastery in the usage of capital letters and punctuations in Year 5 students. The next study that proposed was study on effectiveness of dictation method to increase mastery in various of sentence type usage.

1 comments:

Unknown said...

jkjh

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Didik Hibur - Premium Blogger Themes | Top WordPress Themes