Subjek, Predikat, dan Objek Ayat

TUGASAN

1. Membincangkan kegramatisan setiap ayat dengan menyatakan subjek, predikat, dan objek bagi ayat yang disenaraikan itu.
2. Menerangkan unsur-unsur yang membentuk subjek, predikat, dan objek dalam setiap ayat.
3. Tukarkan setiap ayat tersebut menjadi satu ayat gramatis lain sama ada dalam susunan biasa, songsang, songsang terbahagi, pasif, aktif, dan lain-lain sebagainya.

Analisis ayat yang beikut:
1.Berilah orang yang melarat itu sedekah.
2.Di seluruh kampung orang sibuk memperkatakan kejatuhan harga kelapa.
3.Ke mana-mana sahaja, penjahat itu terus dikejar polis.
4.Inilah penawar duka yang sebaik-baiknya.
5.Orang-orang berbudi sahaja yang dihormati masyarakat.
6.Esok sekolah kami akan dikunjungi oleh Menteri Pelajaran.
7.Bilakah jatuhnya kerajaan Srivijaya yang termasyhur itu?
8.Lebih baik mati berkalang tanah daripada hidup bercermin bangkai.
9.Jualannya bertimbun-timbun di dalam kedai itu.
10.Saya katakan kepadanya bahawa tetangganya itu pernah berlaku curang terhadap saya.
11.Dengan segera kami laksanakan perintah yang kami terima itu.
12.Pelajarilah bagaimana caranya orang itu menulis surat permohonan.

JAWAPAN:
1. Berilah orang yang melarat itu sedekah.
(Awak berilah orang yang melarat itu sedekah.)
Ayat ini berbentuk songsang.
-Hal ini demikian kerana predikat ayat ini wujud pada awal ayat iaitu “Berilah”. Predikat “Berilah” berasal daripada Frasa Kerja Pasif Diri Kedua iaitu “awak berilah”.
Subjek ayat ini ialah Frasa Nama “orang yang melarat itu”.
Sementara kata “sedekah” ialah Kata Nama yang berfungsi sebagai keterangan ayat.
Objek ayat ini tiada.

-Subjek ayat ini ialah Frasa Nama “orang yang melarat itu” terbentuk daripada empat patah kata. Kata “orang” ialah Kata Nama yang utama yang membentuk Frasa Nama. Sementara itu, gabungan kata “yang melarat itu” berfungsi sebagai penerang kepada Frasa Nama “orang”.
Predikat ayat ini ialah kata “berilah” dan kata “sedekah”. Kata “berilah” ialah Kata Kerja Pasif yang sepatutnya wujud bersama dengan pelaku diri kedua (contohnya awak) untuk membentuk predikat ayat yang utama. Namun demikian, kata pelaku diri kedua ini digugurkan kerana ayat ini ayat ini berbentuk perintah dan oleh sebab itu pelaku diri kedua ini tidak perlu dimasukkan dalam ayat.

-Predikat ayat “berilah” ditekankan dan diletakkan pada awal ayat serta partikel “lah” diimbuhkan pada partikel ayat yang dipentingkan.
Objek dalam ayat ini tiada.

-Ayat gramatis lain yang dapat dibina ialah ayat biasa iaitu “Awak memberi orang yang melarat itu sedekah.” Ayat lain yang dapat dibina juga ialah ayat pasif biasa iaitu “Orang yang melarat itu awak beri sedekah.”

2. Di seluruh kampung orang sibuk memperkatakan kejatuhan harga kelapa.
Ayat ini merupakan ayat biasa dengan keterangan diletakkan pada awal ayat.
-Hal ini demikian kerana predikat tambahan dalam ayat yang bertugas sebagai keterangan wujud pada awal ayat iaitu Frasa Sendi “Di seluruh kampung”. Predikat utama ayat ini pula wujud pada akhir ayat iaitu Frasa Kerja “memperkatakan kejatuhan harga kelapa”.

-Subjek ayat ini wujud pada tengah ayat iaitu Frasa Nama “orang sibuk”.
Sementara Frasa Nama “kejatuhan harga kelapa” merupakan objek bagi ayat ini.

-Subjek ayat ini ialah Frasa Nama “Orang sibuk” terbentuk daripada dua patah kata. Kata “Orang” ialah Kata Nama yang utama yang membentuk Frasa Nama. Sementara itu, Kata Adjektif “sibuk” berfungsi sebagai penerang kepada Frasa Nama “Orang”.

-Frasa Kerja “memperkatakan kejatuhan harga kelapa” merupakan predikat utama dalam ayat ini terdiri daripada empat patah kata. Kata “memperkatakan” ialah Kata Kerja Transitif utama yang membentuk Frasa Kerja Transitif.

-Frasa Nama “kejatuhan harga kelapa” merupakan objek dalam ayat ini terdiri daripada tiga patah kata. Kata “kejatuhan” merupakan Kata Nama Terbitan. Sementara itu, Frasa Nama “harga kelapa” merupakan penerang kepada Kata Nama “kejatuhan” .

-Predikat tambahan yang bertugas sebagai keterangan ayat ini iaitu Frasa Sendi “di seluruh kampung” terdiri daripada tiga patah kata. Kata Sendi Nama “di” merupakan predikat tambahan utama yang membentuk Frasa Sendi. Frasa Nama “seluruh kampung” merupakan objek bagi Kata Sendi “di”.

-Ayat lain yang dapat dibina ialah ayat biasa iaitu “Orang sibuk memperkatakan kejatuhan harga kelapa di seluruh kampung.”

3. Ke mana-mana sahaja, penjahat itu terus dikejar polis.

Ayat ini berbentuk pasif biasa dengan keterangan diletakkan pada awal ayat.
-Hal ini demikian kerana predikat tambahan dalam ayat yang bertugas sebagai keterangan wujud pada awal ayat iaitu Frasa Sendi “Ke mana-mana sahaja”. Predikat utama ayat ini pula wujud pada akhir ayat iaitu Frasa Kerja Pasif “terus dikejar polis.”.

-Subjek ayat ini wujud pada tengah ayat iaitu Frasa Nama “penjahat itu”.
Sementara Frasa Nama “polis” merupakan objek Kata Sendi “di”.

-Subjek ayat ini ialah Frasa Nama “penjahat itu” terbentuk daripada dua patah kata. Kata “penjahat” ialah Kata Nama yang utama yang membentuk Frasa Nama. Sementara itu, Kata Ganti Nama Tunjuk “itu” bertugas sebagai penentu kepada Frasa Nama “penjahat”.
Frasa Kerja Pasif Diri Ketiga “terus dikejar polis” merupakan predikat utama dalam ayat ini terdiri daripada tiga patah kata. Kata Kerja Pasif “dikejar” ialah Kata Kerja Pasif utama yang membentuk Frasa Kerja Pasif. Frasa Nama “polis” merupakan objek bagi Kata Sendi “di” yang membentuk Frasa Sendi. Sementara Kata Bantu “terus” meluaskan Frasa Kerja Pasif tersebut.
Predikat tambahan yang bertugas sebagai keterangan ayat ini iaitu Frasa Sendi “Ke mana-mana sahaja” terdiri daripada tiga patah kata. Kata “ke” merupakan Kata Sendi Nama utama yang membentuk predikat tambahan. Kata Nama Tanya “mana” merupakan objek kepada Kata Sendi “ke”. Sementara itu, Kata Nama “sahaja” merupakan penerang kepada Frasa Sendi Nama “Ke mana-mana” .

-Ayat gramatis lain yang dapat dibina ialah ayat biasa iaitu “Polis terus mengejar penjahat itu ke mana-mana sahaja.” Ayat lain yang dapat dibina juga ialah ayat pasif biasa iaitu “Penjahat itu terus dikejar polis ke mana-mana sahaja.”

4. Inilah penawar duka yang sebaik-baiknya.

Ayat ini berbentuk songsang.
-Hal ini demikian kerana predikat ayat wujud pada awal ayat iaitu Frasa Nama “Inilah”.
Subjek ayat ini wujud selepas predikat ayat iaitu Frasa Nama “penawar duka yang sebaik-baiknya”.

-Ayat ini tidak mempunyai objek.

-Subjek ayat ini ialah Frasa Nama “penawar duka yang sebaik-baiknya” terbentuk daripada empat patah kata. Kata “penawar” ialah Kata Nama yang utama yang membentuk Frasa Nama. Sementara itu Frasa Nama “yang sebaik-baiknya” bertugas sebagai penerang kepada Frasa Nama “penawar”.
Frasa Nama “Inilah” merupakan predikat dalam ayat ini. Predikat ayat “Inilah” ditekankan dan diletakkan pada awal ayat serta partikel “lah” diimbuhkan pada partikel ayat yang dipentingkan.
Objek dalam ayat ini tiada.

-Ayat gramatis lain yang dapat dibina ialah ayat biasa iaitu “Penawar duka yang sebaik-baiknya ini.”

5. Orang-orang berbudi sahaja yang dihormati masyarakat.
Ayat ini berbentuk songsang.
-Hal ini demikian kerana predikat ayat wujud pada awal ayat iaitu Frasa Nama “Orang-orang berbudi sahaja”.
Subjek ayat ini wujud selepas predikat ayat iaitu Frasa Nama “yang dihormati masyarakat”.
Ayat ini tidak mempunyai objek.

-Subjek ayat ini ialah Frasa Nama “yang dihormati masyarakat” terbentuk daripada tiga patah kata. Kata “yang” ialah Kata Partikel Pembenda utama yang membentuk Frasa Nama. Sementara itu Frasa Sendi Nama “dihormati masyarakat” bertugas sebagai penerang kepada Frasa Nama “yang”.
Frasa Nama “Orang-orang berbudi sahaja” terbentuk daripada tiga patah kata. Kata Nama Ganda “orang-orang ” ialah Kata Nama utama yang membentuk Frasa Nama. Kata Kerja Tak Transitif “berbudi” bertugas sebagai penerang Frasa Nama “orang-orang”. Sementara kata “sahaja” juga menerangkan Frasa Nama “Orang-orang berbudi”.

-Ayat gramatis lain yang dapat dibina ialah ayat biasa iaitu “Yang dihormati masyarakat orang-orang berbudi sahaja.”

6. Esok sekolah kami akan dikunjungi oleh Menteri Pelajaran.
Ayat ini berbentuk pasif biasa dengan keterangan diletakkan pada awal ayat.
-Hal ini demikian kerana predikat tambahan dalam ayat yang bertugas sebagai keterangan wujud pada awal ayat iaitu Kata Nama Waktu “esok”. Predikat utama ayat ini pula wujud pada akhir ayat iaitu Frasa Kerja Pasif “akan dikunjungi Menteri Pelajaran.”
Subjek ayat ini wujud pada tengah ayat iaitu Frasa Nama “sekolah kami”.
Objek dalam ayat ini tiada.

-Subjek ayat ini ialah Frasa Nama “sekolah kami” terbentuk daripada dua patah kata. Kata “sekolah” ialah Kata Nama utama yang membentuk Frasa Nama. Sementara itu, Kata Ganti Nama Diri Pertama “kami” bertugas sebagai penerang kepada Frasa Nama “sekolah”.
Frasa Kerja Pasif Diri Ketiga “akan dikunjungi Menteri Pelajaran” merupakan predikat utama dalam ayat ini terdiri daripada empat patah kata. Kata Kerja Pasif “dikunjungi” ialah Kata Kerja Pasif utama yang membentuk Frasa Kerja Pasif. Frasa Nama “Menteri Pelajaran” merupakan objek bagi Kata Sendi Nama “di”. Sementara Kata Bantu “akan” meluaskan Frasa Kerja Pasif tersebut.
Predikat tambahan yang bertugas sebagai keterangan ayat ini iaitu “esok” merupakan Kata Nama Waktu boleh diletakkan pada awal ayat.

-Ayat gramatis lain yang dapat dibina ialah ayat biasa iaitu “Menteri Pelajaran akan mengunjungi sekolah kami esok.” Ayat lain yang dapat dibina juga ialah ayat pasif biasa iaitu “Sekolah kami akan dikunjungi Menteri Pelajaran esok.”

7. Bilakah jatuhnya kerajaan Srivijaya yang termasyhur itu?

Ayat ini berbentuk songsang.
-Hal ini demikian kerana predikat ayat wujud pada awal ayat iaitu Klausa Predikat “Bilakah jatuhnya”.
Subjek ayat ini wujud selepas predikat ayat iaitu Frasa Nama “kerajaan Srivijaya yang termasyhur itu”.
Ayat ini tidak mempunyai objek.

-Subjek ayat ini ialah Frasa Nama “kerajaan Srivijaya yang termasyhur itu” terbentuk daripada lima patah kata. Kata “kerajaan” ialah Kata Nama Terbitan utama yang membentuk Frasa Nama. Kata Nama Khas “Srivijaya” bertugas sebagai penerang Frasa Nama “kerajaan”. Sementara itu Frasa Nama “yang termasyhur itu” bertugas sebagai penentu pada Frasa Nama “Kerajaan Srivijaya”.
Predikat ayat ini ialah Klausa Predikat “Bilakah jatuhnya” terbentuk daripada dua patah kata. Subjek dalam klausa ini ialah Frasa Nama “jatuhnya”. Predikat dalam klausa ini ialah Kata Nama Tanya “bilakah” yang membentuk Frasa Nama.
Klausa Predikat “Bilakah jatuhnya” ditekankan dan diletakkan pada awal ayat serta partikel “kah” diimbuhkan pada partikel ayat tanya.
Objek dalam ayat ini tiada.

-Ayat gramatis lain yang dapat dibina ialah ayat biasa iaitu “Kerajaan Srivijaya yang termasyhur itu jatuhnya bila.”

8. Lebih baik mati berkalang tanah daripada hidup bercermin bangkai.
(Kita lebih baik mati berkalang tanah daripada hidup bercermin bangkai.)

Ayat ini berbentuk ayat biasa.
-Hal ini demikian kerana subjek ayat wujud pada awal ayat iaitu Frasa Nama “Kita”.
Predikat ayat ini wujud selepas subjek ayat iaitu Frasa Nama “lebih baik mati berkalang tanah daripada hidup bercermin bangkai.”
Ayat ini tidak mempunyai objek.

-Subjek ayat ini ialah Kata Ganti Nama Diri Pertama “kita” yang membentuk Frasa Nama. Namun demikian, kata Pelaku Diri Pertama ini digugurkan kerana ayat ini berbentuk ungkapan peribahasa dan oleh sebab itu Pelaku Diri Pertama ini tidak dimasukkan dalam ayat.
Predikat ayat ini ialah Frasa Nama “lebih baik mati berkalang tanah daripada hidup bercermin bangkai” terdiri daripada sembilan patah kata. Kata Nama “mati” ialah Kata Nama utama yang membentuk Frasa Nama . Frasa Nama “mati” didahului kata “lebih baik” yang menunjukkan makna tingkat perbandingan. Frasa Kerja Tak Transitif “berkalang tanah” pula bertugas sebagai penerang Frasa Nama “lebih baik mati”.
Frasa Nama “lebih baik mati berkalang tanah” diluaskan pula dengan menambah Frasa Sendi “daripada hidup bercermin bangkai. ” Kata Pelaku Diri Pertama dalam Frasa Sendi “daripada hidup bercermin bangkai” (contohnya kita) digugurkan kerana ayat ini merupakan ayat majmuk dan berbentuk ungkapan. Oleh sebab itu Pelaku Diri Pertama ini tidak dimasukkan dalam ayat. Frasa Kerja Tak Transitif “bercermin bangkai” juga bertugas sebagai penerang bagi Frasa Nama “hidup”.

-Ayat gramatis lain yang dapat dibina ialah ayat biasa iaitu “Mati berkalang tanah lebih baik daripada hidup bercermin bangkailah kita.”

9. Jualannya bertimbun-timbun di dalam kedai itu.
Ayat ini berbentuk ayat biasa.
-Hal ini demikian kerana subjek ayat wujud pada awal ayat iaitu Frasa Nama “Jualannya”.
Predikat ayat ini wujud selepas subjek ayat iaitu Frasa Kerja Tak Transitif “bertimbun-timbun di dalam kedai itu.”
Ayat ini tidak mempunyai objek.

-Subjek ayat ini ialah kata “jualannya”. Kata “jualan” ialah Kata Nama Terbitan utama yang membentuk Frasa Nama. Kata Pelaku Diri Ketiga “nya” digabungkan dengan Frasa Nama “jualan” yang membawa maksud “jualan dia”.
Predikat ayat ini ialah Frasa Kerja Tak Transitif “bertimbun-timbun di dalam kedai itu.” terdiri daripada lima patah kata. Kata “bertimbun-timbun” ialah Kata Ganda Kerja utama yang membentuk Frasa Kerja . Frasa Sendi “di dalam kedai itu” yang bertugas sebagai keterangan meluaskan Frasa Kerja tersebut. Kata Sendi “di” diikuti oleh Frasa Nama “kedai itu” sebagai objeknya. Frasa Sendi “di kedai itu” didahului Kata Nama Arah “dalam” untuk meluaskan Frasa Sendi tersebut.

-Ayat gramatis lain yang dapat dibina ialah ayat biasa dengan predikat tambahan diletakkan pada awal ayat iaitu “Di dalam kedai itulah jualannya bertimbun-timbun ” .

10. Saya katakan kepadanya bahawa tetangganya itu pernah berlaku curang terhadap saya.

Ayat ini berbentuk songsang.
-Hal ini demikian kerana predikat ayat wujud pada awal ayat iaitu Frasa Kerja Pasif “Saya katakan kepadanya”.
Subjek ayat ini pula wujud selepas predikat iaitu Klausa “bahawa tetangganya itu pernah berlaku curang terhadap saya”.
Ayat ini tidak mempunyai objek.

-Subjek ayat ini iaitu klausa “bahawa tetangganya itu pernah berlaku curang terhadap saya”.
Subjek dalam klausa ini ialah Frasa Nama “tetangganya itu” terdiri daripada dua patah kata. Kata “tetangganya” ialah Frasa Nama utama yang membentuk subjek. Sementara Kata Ganti Nama Tunjuk “itu” merupakan penentu Frasa Nama “tetangganya”. Kata “bahawa” pula bertugas untuk menyambungkan klausa ini dengan frasa bagi membentuk ayat.
Predikat yang membentuk klausa ini pula ialah Frasa Kerja “pernah berlaku curang terhadap saya” terdiri daripada lima patah kata . Kata Kerja “berlaku” ialah Kata Kerja Tak Transitif utama yang membentuk predikat klausa.
Sementara Kata Adjektif “curang” menjadi pelengkap klausa ini. Sementara Frasa Sendi “terhadap saya” merupakan keterangan bagi klausa ini.
Predikat ayat ini ialah Frasa Kerja Pasif “Saya katakan kepadanya” terdiri daripada tiga patah kata. Kata Ganti Diri Pertama “Saya” terikat dengan Kata Kerja Pasif “katakan” untuk membentuk Frasa Kerja Pasif Diri Pertama. Kata “kepadanya” pula merupakan keterangan bagi ayat ini.

-Ayat gramatis lain yang dapat dibina ialah ayat biasa iaitu “Saya mengatakan bahawa tetangganya itu pernah berlaku curang terhadap saya kepadanya.” Ayat lain yang dapat dibina juga ialah ayat pasif biasa iaitu “Saya katakan kepadanya bahawa tetangganya itu pernah berlaku curang terhadap saya.”

11. Dengan segera kami laksanakan perintah yang kami terima itu.
Ayat ini berbentuk songsang dengan keterangan diletakkan pada awal ayat.
-Hal ini demikian kerana predikat tambahan dalam ayat yang bertugas sebagai keterangan wujud pada awal ayat iaitu Frasa Sendi “dengan segera”.
Predikat utama ayat ini pula wujud pada tengah ayat iaitu Frasa Kerja Pasif “kami laksanakan”.
Subjek ayat ini wujud pada akhir ayat iaitu Frasa Nama “perintah yang kami terima itu”.
Ayat ini tidak mempunyai objek.

-Subjek ayat ini ialah Frasa Nama “perintah yang kami terima itu” terdiri daripada lima patah kata. Kata “perintah” ialah Frasa Nama utama yang membentuk subjek. Frasa Nama “yang kami terima itu” pula merupakan penerang Frasa Nama “perintah”.
Frasa Kerja Pasif “kami laksanakan” merupakan predikat utama dalam ayat ini terdiri daripada dua patah kata. Kata Ganti Diri Pertama “kami” terikat dengan Kata Kerja Pasif “laksanakan” untuk membentuk Frasa Kerja Pasif Diri Pertama.
Predikat tambahan yang bertugas sebagai keterangan ayat ini iaitu Frasa Sendi “dengan segera” terdiri daripada dua patah kata. Kata Sendi Nama “dengan” merupakan predikat tambahan utama yang membentuk Frasa Sendi. Kata Sendi “dengan” diikuti Kata Adjektif “segera” yang menunjukkan maksud cara sesuatu itu dilakukan.

-Ayat gramatis lain yang dapat dibina ialah ayat biasa iaitu “Kami melaksanakan perintah yang kami terima itu dengan segera.” Ayat lain yang dapat dibina juga ialah ayat pasif biasa iaitu “Perintah yang kami terima itu kami laksanakan degan segera.”

12. Pelajarilah bagaimana caranya orang itu menulis surat permohonan.

Ayat ini berbentuk songsang.
-Hal ini demikian kerana predikat dalam ayat tersebut wujud pada awal ayat iaitu Frasa Kerja “pelajarilah”. Predikat “pelajarilah” berasal daripada Frasa Kerja Pasif Diri kedua iaitu “awak pelajarilah”.
Subjek ayat ini wujud pada akhir ayat iaitu klausa “bagaimana caranya orang itu menulis surat permohonan”.
Ayat ini tidak mempunyai objek.

-Subjek ayat ini ialah klausa “bagaimana caranya orang itu menulis surat permohonan” .
Subjek yang membentuk klausa ini ialah Frasa Nama “orang itu” terdiri daripada dua patah kata. Kata “orang” ialah Frasa Nama utama yang membentuk subjek klausa. Sementara Kata Ganti Nama Tunjuk “itu” merupakan penentu bagi Frasa Nama “orang”.
Predikat yang membentuk klausa ini ialah Frasa Kerja “menulis surat permohonan bagaimana caranya” terdiri daripada lima patah kata . Kata Kerja “menulis” ialah Kata Kerja Transitif utama yang membentuk predikat klausa. Sementara Frasa Nama “surat permohonan” merupakan objek dalam klausa ini. Frasa “bagaimana caranya” merupakan keterangan bagi klausa ini.
Predikat ayat ini ialah kata “pelajarilah”. Kata “pelajarilah” ialah Kata Kerja Pasif yang sepatutnya wujud bersama dengan pelaku diri kedua (contohnya awak) untuk membentuk predikat ayat yang utama.
Namun demikian, kata pelaku diri kedua ini digugurkan kerana ayat ini ayat ini berbentuk perintah dan oleh sebab itu pelaku diri kedua ini tidak perlu dimasukkan dalam ayat.
Predikat ayat “pelajarilah” ditekankan dan diletakkan pada awal ayat serta partikel “lah” diimbuhkan pada partikel ayat yang dipentingkan.
Objek dalam ayat ini tiada kerana ayat ini berbentuk pasif.

-Ayat gramatis lain yang dapat dibina ialah ayat biasa iaitu “Awak mempelajari bagaimana caranya orang itu menulis surat permohonan.” Ayat lain yang dapat dibina juga ialah ayat pasif biasa iaitu “Bagaimana caranya orang itu menulis surat permohonan awak pelajari.”

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Didik Hibur - Premium Blogger Themes | Top WordPress Themes