Definisi Kata Sendi:
- Bertugas sebagai sendi yang merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa yang lain
- Memerlukan frasa nama untuk membentuk frasa sendi supaya dapat bertugas sebagai predikat ayat
- Tidak dapat berdiri sendiri
- Kata sendi yang utama (dari, ke, di)
- Kata sendi lain (akan, atas, bagi, daripada, dengan, hingga, kepada, oleh, pada, sampai, sebagai, sejak, seperti, tentang, terhadap, untuk dan sebaginya)
Penggunaan Kata Sendi:
KATA SENDI | PENGGUNAANNYA DAN AYAT CONTOH |
akan/kepada/terhadap | Digunakan selepas kata adjektif yang menyatakan perasaan atau sikap yang merujuk manusia. 1. Laili amat sayang akan/kepada adiknya. 2. Pelajar harus hormat akan/kepada/terhadap guru. |
bagi/untuk | Menunjukkan kegunaan sesuatu. 1. Kereta itu untuk/bagi kegunaan pejabat sahaja. Menyatakan maksud peruntukan ( KSN untuk sahaja) 2. Tanah seluas dua ekar itu untuk kami 3. Dia membeli bunga untuk ibunya. |
dari | Digunakan untuk tempat dan masa. 1. Mereka datang dari Kuala Lumpur. 2. Saya menunggu kamu dari pukul tiga petang. |
daripada | Digunakan untuk orang, perbandingan, asal kejadian, benda abstrak, pertentangan, dan untuk menunjukkan keanggotaan. 1. Bunga itu saya terima daripada Lina. 2. Buku ini lebih tebal daripada buku itu. 3. Pasu ini diperbuat daripada tanah liat. 4. Kami memperoleh manfaat daripada ceramah tersebut. 5. Yang dikatakannya berbeza daripada yang diamalkannya. 6. Kumpulan ini terdiri daripada lima orang pelajar. |
di | Digunakan untuk tempat. 1. Pelajar-pelajar itu berhimpun di padang. 2. Saya menemukan buku ini di situ. 3. Ali sesat di dalam hutan. Kata sendi nama di tidak boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menerangkan waktu, masa, atau zaman.
(bukan: Suasana amat tenang di pagi yang permai itu.) 5. Burung-burung pulang ke sarangnya pada waktu senja. (bukan: Burung-burung pulang ke sarangnya di waktu senja.) 6. Kegemilangan kerajaan Melayu Melaka memuncak pada kurun ke-15. (bukan: Kegemilangan kerajaan Melayu Melaka memuncak di kurun ke-15.) |
dengan | Digunakan untuk menyatakan makna bersama-sama, bandingan setara, keterangan cara, dan penggunaan sesuatu sebagi alat. 1. Ibu ke pasar dengan ayah. 2. Wajahnya tidak sama dengan adiknya. 3. Dia belajar dengan tekun. 4. Ayah membelah kayu dengan kapak. |
hingga/sampai | Digunakan untuk menyatakan had tertentu. (masa, waktu, tempat) 1. Majlis itu berlangsung dari pukul dua hingga/sampai pukul lima petang. 2. Pelajar itu berjaga hingga/sampai pagi. 3. Ameerul belajar hingga/sampai universiti. |
ke | Digunakan untuk tempat, arah, masa, dan benda konkrit tak bernyawa. 1. Kim Moi ke perpustakaan. 2. Burung-burung itu terbang ke arah selatan. 3. Pemeriksaan lesen radio dan televisyen akan diadakan dari semasa ke semasa. 4. Ali menunggu bas hingga ke petang. 5. Topi itu dihempaskannya ke lantai. |
kepada | Lazimnya digunakan untuk orang atau kata ganti diri. Boleh juga digunakan kepada organisasi yang ada kaitan dengan manusia, dan keadaan yang berubah. 1. Saya mengucapkan takziah kepada awak. 2. Surat perjanjian itu diserahkan kepada pihak atasan. 3. Ibu bapa menghantar surat bantahan kepada sekolah. 4. Perubahan ekonomi berubah kepada tahap yang lebih baik. |
oleh | Digunakan selepas kata kerja pasif yang berawalan di- dan ter-. 1. Kuih ini dibuat oleh ibu. 2. Kebanyakan anak-anak muda mudah terpengaruh oleh lagu-lagu pop. |
pada | Digunakan untuk masa, manusia, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu. 1. Kami tiba pada pukul lapan malam. 2. Lukisan itu ada pada Rizal. 3. Rantai Siti ada pada Si Comel. 4. Pada pendapat saya, rancangan itu kurang menarik. 5. Marjerin disapukan pada roti. |
sebagai | Digunakan untuk menyatakan makna menjadi atau selaku, seakan-akan atau sempurna. 1. Zairi dipilih sebagai ketua kelas. 2. Sebagai seorang pelajar yang baik, Julia amat rajin belajar. 3. Pendiriannya tidak tetap sebagai baling-baling di atas bukit. |
sejak/semenjak | Digunakan untuk menyatakan makna bermula dari sesuatu masa tertentu. (waktu dan masa) 1. Kumar tinggal bersama-sama dengan neneknya sejak sepuluh tahun dahulu. 2. Mereka berjaga sejak malam lagi. |
seperti/ umpama/ laksana | Digunakan untuk menyatakan makna persamaan dengan yang lain. 1. Wajahnya muram seperti bulan kesiangan hari. 2. Laksanakanlah tugas itu seperti yang diperintahkan. |
tentang/mengenai | Digunakan untuk menyatakan perlakuan atau perbicaraan. 1. Beliau akan memberikan ceramah tentang bahasa baku. 2. Mereka berbincang tentang masalah negara. |
demi | Membawa tujuan sesuatu dan sebagai unsur penegas. 1. Rakyat Malaysia mesti bersatu padu demi kestabilan negara. 2. Demi Allah aku tidak akan mengulangi perbuatan terkutuk itu. |
terhadap | Digunakan sebagai unsur rujukan manusia, haiwan, dan mujarad. 1. Seorang ketua harus sentiasa bersikap adil terhadap anak buahnya. 2. Jangan kejam terhadap binatang. 3. Ketua kelas sentiasa curiga terhadap kejujuran anak buahnya. |
dalam/antara | Membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. 1. Dalam hal ini kita semua setuju. 2. Saya tidak terlibat dalam urusan mereka. |
Rujukan:
Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu. Asraf. Sasbadi Sdn. Bhd. Petaling Jaya. 2007.
Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Nik Safiah Karim. Dewan Bahasa dan Pustaka.
0 comments:
Post a Comment