Kelebihan Terapi Bercerita



Terapi bercerita mempunyai kelebihan yang tersendiri. Antaranya ialah kanak – kanak dapat meluahkan perasaan terpendam dan berkongsi maklumat diri sesama kawan –kawan mereka. Hal ini membolehkan mereka berasa diri mereka dihargai dengan adanya perkongsian masalah dalam kaunseling kelompok. Secara tidak langsung, ahli-ahli kumpulan akan cuba untuk menyatakan langkah penyelesaian kepada rakan-rakan mereka terhadap masalah yang dihadapi.

Terapi ini juga memberi kelebihan kepada guru kaunseling kerana dapat memahami konflik murid dengan lebih senang secara sukarela. Melalui aktiviti bercerita, murid akan memegang sesuatu watak dan secara tidak langsung cara untuk mereka menyelesaikan masalah dalam cerita yang perlu mereka ceritakan akan menonjolkan masalah-masalah yang dihadapi oleh murid. Guru akan dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid terutamanya murid yang bersikap pasif di dalam kaunseling kelompok.

Melalui terapi ini juga, kanak-kanak juga dapat meluahkan perasaan yang terpendam secara refleks atau tidak langsung melalui perwatakan yang ditonjolkan semasa mereka memegang sesuatu watak ketika bercerita. Selain daripada itu, kanak-kanak dapat mengembangkan lagi kemahiran fizikal mereka dalam bercerita dan ekspresi emosi mereka melalui bahasa tubuh.

Kepercayaan dalam ahli kumpulan dapat diwujudkan terutamanya dalam terapi kelompok. Hal ini dapat dilihat melalui kemahiran interpersonal yang dipelajari seperti komunikasi mata, berunding dan menerima pandangan orang lain dan membantu sesebuah kumpulan untuk membuat keputusan secara bersama.


0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Didik Hibur - Premium Blogger Themes | Top WordPress Themes