Pembinaan Ayat Tunggal

Pembinaan Ayat Tunggal Jenis Ayat Penyata Menggunakan Teknik Kata Kunci Dan Latih Tubi



Mohamad Muhaimin bin Mohamad Zaki

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu


ABSTRAK


Penyelidikan tindakan ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan kebolehan murid dalam membina ayat tunggal jenis ayat penyata berdasarkan gambar menggunakan teknik kata kunci dan latih tubi dalam kalangan murid tahun 5.Kajian ini menggunakan Model Penyelidikan Tindakan Kurt Lewin (1946) dan Laidlaw(1992)Seramai 30 orang murid tahun 5 di sebuah sekolah di Kuala Lumpur telah dijadikan responden.Tinjauan awal mendapati bahawa ramai murid tahun 5 ini tidak dapat membina ayat tunggal jenis ayat penyata dengan betul dan tidak dapat menulis struktur huruf dengan tepat dan kemas.Instrumen yang digunakan untuk mengenalpasti masalah ini padaperingkat awal ialah melalui pemerhatian berstruktur dan ujian awal iaitu ujian membina ayat tunggal jenis ayat penyata berdasarkan gambar yang diberikan.Murid juga diminta untuk menulis ayat pada kertas jalur empat yang disediakan oleh guru.Hasil tinjauan awal mendapati bahawa murid-murid tidak dapat membina ayat tunggal jenis ayat penyata dengan betul dan tidak dapat menghasilkan tulisan mekanis yang kemas dan tepat.Teknik kata kunci dan latih tubi digunakan untuk membina kefahaman dan meningkatkan kebolehan murid untuk membina ayat tunggal jenis ayat penyata berdasarkan gambar.Kata kunci diolah dalam bentuk kad perkataan dan diberikan kepada murid ketika melakukan intervensi sebanyak 2 kali.Berdasarkan analisis yang dilakukan dalam ujian akhir selepas intervensi dilaksanakan, didapati berlaku peningkatan dari segi jumlah murid yang dapat membina ayat tunggal jenis ayat penyata dan dapat menulis tulisan mekanis dengan betul dan kemas.Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa teknik kata kunci dan latih tubi dapat membantu meningkatkan kebolehan murid dalam membina ayat tunggal jenis ayat penyata dengan betul dan menghasilkan tulisan mekanis dengan kemas dalam kalangan murid tahun 5.Teknik ini boleh diperbaiki lagi melalui lingkaran yang kedua penyelidikan ini.

ABSTRACT

This action research was carried out to aim for improving the ability of students to make single-sentence statement of verse based on images using keywords techniques and drills among students in standard five.This research is using Kurt Lewin (1946) Action Research Model and Laidlaw (1992). A total of 30 pupils in standard 5 at a school in Kuala Lumpur were made as the early responder. Observation shows that many standard five students are incapable to make single-sentence statement of the verse correctly and not able to write a letter with the right structure neatly. Instrument used to detect this problem from an early stage is through structured observation and preliminary testing of the test to make a single sentence statement of verse based on the pictures provided. Pupils are also asked to write sentences on paper for the four band paper provided by the teacher. Initial survey results found that students could not make a single sentence statement of the verse correctly and could not produce mechanical writing neatly and accurately. Keyword techniques and drills used to build understanding and enhance the ability of students to make a single sentence statement of sentences based on pictures. Keywords processed in the form of word cards given to students when doing intervention twice. Based on the analysis done in the final test after the intervention was carried out, the results was an increase in the number of students who can make a single sentence statement of verse and to do mechanical writing correctly and neatly. Therefore, it can be concluded that the keywords and drills technique boost up the abilities of the students in making single-sentence statement of verse and also the mechanical writing correctly and neatly among the standard five students. This technique can be improved throughout the second link of this research.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Didik Hibur - Premium Blogger Themes | Top WordPress Themes