Membina Ulasan Nilai Murni

Peningkatan Kemahiran Membina Ulasan Nilai Murni Melalui
Penggunaan Jadual Transformasi Rumus


Nur Azira Binti Azuani

Abstrak

Kajian Tindakan ini dijalankan untuk membantu meningkatkan kemahiran membina ulasan melalui penggunaan Jadual Transformasi Rumus.Hasil tinjauan awal mendapati murid tidak dapat membina ulasan dengan betul berdasarkan petikan kerana tiada teknik membina ulasan yang jelas dan khusus untuk dijadikan panduan membina ulasan nilai murni.Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui pemeriksaan buku tulis murid, keputusan Ujian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR),temu bual,dan soal selidik yang mendapati bahawa murid tidak dapat menghubungkaitkan antara nilai murni dengan keterangan yang terdapat dalam petikan.Selain itu, murid juga tidak dapat memindahkan maklumat daripada petikan ke dalam perenggan dengan betul.Responden kajian terdiri daripada 34 orang murid tahun empat di sebuah sekolah di Selangor.Reka bentuk kajian yang digunakan adalah Model Lewin (1946) dan Laidlaw (1992).Perancangan tindakan dilakukan khusus untuk peningkatan kemahiran membina ulasan melalui penggunaan Jadual Transformasi Rumus yang dijalankan secara latih tubi sebanyak tiga kali dalam tempoh empat minggu.Hasil analisis Ujian Akhir telah menunjukkan peningkatan pencapaian peratusan prestasi murid sebanyak 53% pada aras baik dan cemerlang berbanding hanya 38.2% pada Ujian Awal yang dijalankan.Hasil analisis ini juga telah disokong oleh dapatan daripada analisis temu bual dan soal selidik yang telah membuktikan bahawa teknik Jadual Transformasi Rumus dapat membantu murid membina ulasan dengan betul.Implikasi kajian ini adalah, penggunaan Jadual Transformasi Rumus dapat membantu guru Bahasa Melayu meningkatkan kemahiran membina ulasan disamping menerapkan nilai murni dalam diri murid secara langsung sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran.Perkara ini sejajar dengan hasrat Sukatan Bahasa Melayu Sekolah Rendah yang menginginkan murid yang berkemahiran dalam berbahasa khususnya aspek penulisan serta komunikasi dan seterusnya menjayakan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan insan yang beketerampilan dan berakhlak mulia.


Abstract


This action research is carried out to help pupils developing skill in summarizing the moral value through the use of Transformation Formula Table. Initial survey results found that pupils could not build proper review based on article due to lack of technique to make a clear summary and also no special method that could be used as guidance to form a summary of moral value. Initial survey had been done through pupils’ exercises book, result of PKSR, interview, and questionnaires and it shows that pupils could not relate the moral value with the explanation in passage. On top of that, pupils also could not transfer information from the passage to the summary correctly. Respondent of this research are 34 pupils in year 4 at a school in Selangor. Model Lewin (1946) and Laidlaw (1992) are used in this reseach. Action plan is made for upgrading skills in summarizing through the used of Transformation Formula Table that used the drilling method three times in four weeks. Result analysis of the Post Test shows increase in the percentage of pupils’ achivement by 53% at good and excellent level compared to the Pre Test that only 38.2%. The results of this analysis are also supported by the findings of interview’s analysis and questionnaires that shown the use of Transformation Formula Table techniques can help students develop their skills in summarizing the moral value. Implications of this study can help Malay Language teachers increase the skills of summarizing by the used of Transformation Formula Table and at the same time develop moral values in pupils directly in Teaching & Learning activities. This research is related to the syllabus of Malay Language primary school that need pupils to be mastered in language especially writing and communication so that we can realized the National Education Philosophy which is want to born a pupils with skills and high morality.



1 comments:

Unknown said...

The english translated abstract is terrible

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Didik Hibur - Premium Blogger Themes | Top WordPress Themes